PETALING JAYA — Seorang bekas tentera dihukum penjara tujuh hari
selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan seks luar tabii
terhadap seorang suri rumah yang juga merupakan jirannya, tahun lepas.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman tersebut terhadap
Ibrahim Mohd. 63, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan
sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Hakim juga memerintahkan Ibrahim membayar kos perundangan sebanyak
RM2,000 terhadap pihak pendakwaan, dan memerintahkan hukuman penjara itu
bermula hari ini.
Ibrahim didakwa meliwat wanita berusia 49 itu di sebuah rumah di
Taman Desa Ria, di sini, pada 1.30 petang, 27 September 2011.— BERNAMA
* Pelik undang-undang di Malaysia ni...