04 August 2012

Pukul teman wanita: Mekanik dipenjara sehari

KUANTAN — Gara-gara hilang sabar, seorang mekanik dihukum penjara sehari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membelasah teman wanitanya seorang pelajar kolej di sini Ahad lalu.


Majistret Nurulnaim Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Faizullah Abdullah, 24, dari Kampung Baru Pandan 2, Batu 5, Jalan Gambang dekat sini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 2 pagi di sebuah rumah di Lorong Alor Akar 30, 29 Julai lalu.

Dia didakwa membelasah teman wanitanya itu menggunakan batang penyapu dan kayu cotar hingga cedera di pipi, lebam di tangan, kaki dan belakang badan.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang dikatakan menemui teman wanitanya pada malam kejadian itu mula memukul akibat berang dengan sikap cemburu teman wanitanya. Mangsa yang ketakutan, kemudian membuat laporan polis.— BERNAMA

* Pukul orang penjara 1 hari sahaja. Patutlah pukul sana pukul sini...