02 August 2012

PKR: Dasar automatif kami untungkan pemilik kereta

Dasar automotif cadangan PKR akan memberi manfaat kepada pemilik kereta sedia ada yang masih membayar ansuran kerana mereka akan mampu memakai kereta lebih baik tetapi tetap membayar jumlah yang sama.
Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (kanan) berkata, pemilik kereta akan hanya memperoleh manfaat jika bertukar kepada kereta baru.

Ini kerana, dasar automotif yang dicadangkan PKR akan menyebabkan harga kereta terpakai turun ekoran penghapusan duti eksais, tambahnya. - Mkini