Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap
bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff
di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Berikutan ini, kerajaan telah
bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM730, 000
yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan
sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.
Ramli
memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat
bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik
rayuannya.
"Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya.
"Saya
telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu
membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.
Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya
dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu.
Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Mkini