Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengulangi
bahawa beliau tidak terlibat mengusahakan projek udang di Tanjung
Karang seperti didakwa DAP.
Menurutnya, jawapan yang diberikan
pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan
terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan
mengusahakan projek udang itu.
"Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi.
"Semuanya
jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak
terlibat mengusahakan projek udang tersebut," kata Noh Omar kepada Malaysiakini sewaktu ditemui di majlis berbuka bersama media di Bukit Kiara malam tadi.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim pagi tadi mendakwa
surat akuan sumpah syarikat udang dan kaveat ke atas tanah Noh Omar yang
disewa adalah bukti Noh terlibat lebih daripada sebagai pemilik tanah
yang menyewakan tanahnya.
Menurut Ng, perkataan 'usaha sama'
dalam dokumen itu membuktikan Noh turut mengusahakan projek itu
sekaligus berlaku konflik kepentingan kerana beliau seorang menteri
pertanian.
Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck dalam reaksi
segera semalam menegaskan perjanjian usaha sama yang dirujuk Ng adalah
perjanjian sewa tanah yang ditulis begitu bagi melindungi kepentingan
syarikatnya dan juga Noh.
Ia dibuat dalam bentuk kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.
Mengulas
dakwaan Ng, Noh menggesa ADUN DAP itu supaya lebih fokus kepada
membangunkan Sekinchan dan 'tidak sibuk mencari salah orang lain'.
"Saya nasihatkan beliau supaya tengok-tengok dahulu projek kondominium di Sekinchan," kata Noh sinis. - Mkini
* Kalau pemimpin Pakatan, SPRM sudah turun siasat status tanah itu. Adakah itu tanah pusaka keluarganya...
