KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh
Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan
ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.
Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara
menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada
malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan
televisyen," kata kenyataan itu.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port
Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat;
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah
Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).
Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah,
Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit
Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu;
Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara
Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung,
Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.
Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong
Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong,
Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus
Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - Bernama
* Melihat anak bulan beria. Nampaknya tak pernah (pelik dalam kecanggihan teknologi). Tak payah tertanya-tanya, jawapan mereka sudah ada di kalender kuda...
