12 August 2012

Anwar: RCI Sabah hanya lindungi dalang kepada ‘pendatang mengundi’


KOTA MARUDU, 12 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan sengaja mendedahkan siapa yang bertanggungjawab dalam menjadikan “pendatang yang mengundi” dengan melindungi orang-orang tertentu.

Ketua pembangkang itu berkata suruhanjaya diraja itu telah gagal dari awal kerana tidak ada langkah seperti mencari siapa yang bertanggungjawab dan menghukum orang-orang yang terlibat.
“Ini adalah jenayah yang besar, terutamanya melibatkan rasuah, penipuan dan pemalsuan dokumen.

Tetapi, tidak ada dalam terma untuk menghukum pesalah dalam RCI ini,” beliau memberitahu wartawan selepas majlis pengumuman kemasukan seorang bekas anggota Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah bagi menyiasat jika adanya kesalahan memberi kad pengenalan kepada warga asing dan diletakkan dalam daftar pemilih.
Tetapi dalam terma panel yang diumumkan di Kota Kinabalu semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak termasuk mendedahkan identiti mereka yang terlibat dalam memberi kad pengenalan kepada warga asing ini.

Pembangkang sering menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad  dalam peningkatan pendatang asing dalam negeri itu dengan mendakwa beliau terlibat dengan projek yang dikenali sebagai “Projek M” atau “Projek IC”.

“Projek IC” dikatakan bermula pada 1980an ketika Dr Mahathir berkuasa, di mana kad pengenalan Malaysia diberikan kepada warga asing di Sabah untuk mengekalkan BN dalam pemerintahan.
“Ya, nampaknya Dr Mahathir gementar dengan RCI,” kata Anwar di sini.

“Tetapi BN mesti memberi jaminan bahawa mereka tidak memilih bulu, dalam mencari siapa yang menerima rasuah dan memalsukan dokumen, jika tidak seluruh RCI akan gagal,” katanya lagi. - TMI

* Habis UmnoBN kali ini...