YANGON 31 Julai - Myanmar semalam menafikan tuduhan beberapa pihak
yang mendakwa pasukan keselamatan negara ini melakukan penganiayaan ke
atas etnik Rohingya, selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
menyuarakan kebimbangan berhubung tindakan keras yang dikenakan terhadap
komuniti Islam tersebut.
Penafian tersebut dinyatakan oleh Menteri Luar Myanmar, Wunna Maung
Lwin ketika mengadakan sidang media yang turut dihadiri oleh wakil khas
PBB dari kumpulan hak asasi manusia Rapporteur, Tomas Ojea Quintana.
Lwin berkata, kerajaan negara itu mengambil langkah pengendalian
maksimum untuk menamatkan krisis keganasan yang berlaku di Rakhine.
Oleh itu, Myanmar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan sesetengah
pihak yang mendakwa pasukan keselamatan negara ini melakukan penindasan
dan menggunakan kekerasan untuk menangani krisis berkenaan," katanya.
Awal bulan ini, Amnesty International memberi amaran bahawa terdapat
laporan kes pembunuhan dan rogol yang dilakukan oleh pasukan keselamatan
dan penduduk Buddha Rakhine terhadap etnik Rohingya. - AFP