31 July 2012

Pegawai tertinggi tentera Syria belot sertai pemberontak

ISTANBUL 31 Julai - Seorang pegawai kanan tentera Syria berpangkat Brigadier Jeneral dilapor telah berpaling tadah untuk menyertai kumpulan pemberontak negara itu yang berpangkalan di Turki semalam.


Satu sumber diplomatik berkata, Jeneral tersebut yang enggan dikenali telah membelot bersama 11 lagi pegawai tentera yang lain, sekali gus menjadikan jumlah pegawai tertinggi tentera yang berpaling tadah meningkat kepada 28 orang.

Sejak beberapa bulan lalu, sejumlah pegawai kanan tentera Syria telah dilaporkan melarikan diri ke Turki untuk bergabung dengan kumpulan pemberontak Tentera Pembebasan Syria (FSA). - AFP