![]() |
| Mangsa menunjukkan salinan laporan polis berhubung kejadian penyelia menyuruh dia menanggalkan pakaian kerana dituduh mencuri, ketika ditemui pemberita di Batu Pahat, semalam |
Mangsa yang berusia 24 tahun berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang Isnin lalu apabila dua wanita yang merupakan penyelia farmasi itu menyatakan wang jualan kurang RM50 lalu menuduh dia mengambil duit itu.
Dia kemudian menafikan telah mengambil duit itu namun, penyelia terbabit tidak mempercayainya dan mereka melakukan pemeriksaan badan secara luaran ke atasnya di bilik pejabat pengurusan. - Utusan
