Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel
dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di
Seremban semalam.
Kejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak
pengurusannya
telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony
Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman
Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2)
Menurut
Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi
semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel
tersebut.
Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam
pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam
video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian
tersebut.
Loke memberitahu Malaysiakini bahawa
inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol
dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika
dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin
mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu. - Mkini
* Cuba siasat kemungkinan suspek terlibat dengan kumpulan 'ajaran sesat'...