BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (Mainpp) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan
supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika
menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar
Perahu dekat sini, Jumaat lalu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan
Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh
memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap
menghasut.
Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan
nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama
terutama di rumah suci ALLAH itu.
"Jika beliau (khatib) hendak berceramah
politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid.
"Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP
siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang
Melayu.
"Mainpp perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam
menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik,"
katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian
Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.
Musa
berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam
tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib
yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah
masjid di Permatang Pauh.
Seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar
Mohktar dilaporkan berkata, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh
khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang
di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Musa berkata, pakatan pembangkang
seharusnya tidak mengajar anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai
provokasi untuk menjatuhkan kerajaan.
"Demonstrasi bukanlah cara kita.
Justeru, saya minta pakatan pembangkang, jika hendak bertanding... bertandinglah
dengan cara yang bersih. Jika takut kalah, jangan bertanding," katanya. -
Bernama
* Amiiin...
No comments:
Post a Comment