SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak
tohmahan sesetengah pihak kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak
menunaikan kewajipannya untuk mendaulatkan syiar Islam di negara ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sebaliknya menegaskan bahawa
Umno yang yang kini menjadi tunjang kerajaan BN sudah mendaulatkan syiar Islam
jauh lebih awal - sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi dan meneruskannya
hingga negara merdeka.
"Dari titik permulaan negara kita bebas daripada penjajahan, kita telah
memberi penekanan betapa pentingnya agama Islam di negara ini. Bukan saja kita
amalkannya dan melaungkannya tetapi dalam perlembangaan Umno, sebelum merdeka
lagi, kita telah letakkan Islam sebagai agama rasmi.
"Apabila negara ini merdeka, kita terjemahkannya menjadi tunggak perlembagaan
negara ini iaitu agama Islam sebagai agama rasmi negara dan agama lain boleh
diamalkan tanpa ada kekangan kepada kaum lain," katanya kepada pemberita selepas
menutup program Kursus Asas Haji Peringkat Daerah Semporna di sini, Ahad.
Shafie menegaskan kerajaan BN tidak tergamak menggunakan agama Islam untuk
kepentingan politik.
Katanya, program seperti penubuhan universiti Islam, Tabung Haji, penekanan
terhadap pendidikan Islam di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah hingga ke peringkat lebih tinggi adalah bukti kerajaan komited
mendaulatkan syiar Islam.
Sedangkan parti pembangkang, kata beliau, menggunakan agama untuk kepentingan
politik hingga sanggup mendakwa sesiapa yang mengundi parti mereka akan masuk
syurga.
Umno sebaliknya bekerja keras bagi memastikan syiar dan kedududkan agama
Islam di negara ini terus terpelihara.
"Apa yang kita lakukan sebagai contoh pada hari ini, kita melatih bakal-bakal
haji untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat dengan sempurna," katanya.
Shafie kesal kerana ada pihak yang mempolitikkan agama hingga sanggup
berdemonstrasi di luar negara seperti di Arab Saudi hingga boleh menjejas kuota
jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci.
Menteri itu berkata, kerajaan BN tidak akan menggunakan masjid untuk menabur
fitnah, buat ceramah mencerca dan menghasut, seperti dilakukan pembangkang. -
BERNAMA
* Menegakkan syiar artis adalah...
No comments:
Post a Comment