Lain yang sakit, lain pula ubatnya. Begitulah yang dapat ditafsirkan dalan
subsidi TR1MA yang diberikan oleh kerajaan kepada pemandu teksi seluruh
Malaysia.
Semua masyarakat sedia maklum, masalah sebenar perkhidmatan
teksi di Malaysia adalah berleluasanya permit teksi yang diberi kepada
syarikat-syarikat, berbanding kepada pengusaha teksi individu. Kebanjiran permit
teksi yang diberi kepada syarikat-syarikat menyaksikan mereka untung ‘atas
angin’ di atas penat lelah pemandu teksi.
Sebagai contoh, secara purata
kadar sewa teksi sehari adalah RM50. Jika dikumpulkan selama sebulan, ia
menjangkau RM1,500 (aama bayaran bulanan kereta 2.4 cc). Sedangkan syarikat
hanya membayar sekitar RM 500-RM700 sebulan kepada bank untuk sebuah teksi.
Dengan kata lain, syarikat secara mudah mengaut keuntungan sebanyak
RM800/bulan/teksi. Jika sesuatu syarikat itu memiliki 100 buah teksi, mereka
secara mudah mereka mengaut keuntungan sehingga RM80,000 tanpa menumpahkan
sebarang keringat di jalan raya.
Sedangkan daripada kerajaan berhempas
pulas mengeluarkan peruntukan sebanyak RM32 juta setiap tahun kepada pemandu
teksi, mengapa tidak kerajaan memansuhkan terus permit teksi kepada
syarikat-syarikat dan bertindak sebagai pemudah cara kepada pemandu teksi ini
untuk mendapatkan permit teksi individu.
Jika ini dapat direalisasikan
pemandu teksi ini dapat menjana pendapatan tambahan sekurang -kurangnya RM800
sebulan dengan hanya membayar bayaran teksi secara sewa beli kepada pihak bank
yang mana jauh lebih murah daripada kadar sewaan teksi oleh syarikat. Kerajaan
juga dapat menjimatkan peruntukan RM32 juta tadi untuk perkara lain yang lebih
penting.
Dengan wang lebihan tadi, pemandu teksi mampu melakukan
penyelenggaran dan mencantikkan teksi mereka lagi. Jika teksi mereka cantik dan
diselenggara secara sempurna, maka makin ramai akan memilih perkhidmatan mereka.
Dengan keadaan sekarang di mana limpahan pengangkutan awam seperti bas,
komuter, LRT, monorail, teksi dilihat tidak lagi menarik untuk dinaiki, maka
jika mereka ini diberikan permit individu, rasa kepunyaan atau ‘self of
belonging’ akan dapat diterapkan kepada mereka.
Justeru itu, mereka akan
merasa teksi itu adalah perniagaan mereka dan mereka akan mengusahakan
perniagaan mereka secara bersungguh-sungguh dalam menghadapi persaingan
semasa.
Akhir kalam, kerajaan perlu melihat pendekatan jangka panjang
daripada melakukan pendekatan jangka pendek dan bersifat popular semata. Hanya
kerana untuk membeli undi pemandu teksi, kerajaan sanggup berhabis RM32 juta,
berbanding memberikan mereka permit teksi yang mana dapat memberi pendapatan
tambahan sehingga RM10,000 setahun kepada pemandu teksi.
Adalah malang,
selepas penubuhan Spad sebagai teraju kepada pengangkutan awam darat, kerajaan
masih gagal menelusuri permasalahan sebenar pemandu teksi ini. Yang lebih malang
lagi, yang sakitnya PERMIT, tapi ubatnya adalah TAYAR. Itulah pemikiran kerajaan
1Malaysia.
MOHD IKHMAL MOHD ISKANDAR adalah lulusan BBA (Hons)
Transport,UiTM, DBS (Transport) UiTM. Beliau merupakan penyelidik untuk kajian
pengangkutan awam dan bas henti-henti kerajaan negeri Terengganu.
* Tayar akan dijual untuk mendapatkan duit...
No comments:
Post a Comment