25 June 2012

Setia kepada kerajaan, kata KSN baru kepada kakitangan awam

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Ketua Setiausaha Negara yang baru dilantik menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah cuba meraih sokongan 1.4 juta kakitangan awam, peti undi untuk kerajaan yang dilihat semakin berubah kerana isu skim gaji baru-baru ini.


"Mereka perlu tahu. Jangan terpedaya dengan janji kosong," kata Ketua Pengarah Unit Kersama Swasta (UKAS), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam respon kepada soalan yang diajukan oleh akhbar New Straits Times berkenaan janji pembangkang.
"Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna," kata ketua penjawat awam itu yang baru dilantik awal minggu ini, dalam satu temuramah bersama akhbar berbahasa Inggeris tersebut.

Kerajaan pada Mac lalu telah memansuhkan cadangan untuk melaksanakan skin Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah menimbulkan kemarahan kakitangan awam sedangkan pilihan raya perlu dilaksanakan dalam tahun ini.
Di bawah skim berkenaan, Ketua Setiausaha akan menerima kenaikan gaji sehingga RM60,000 dan mereka dalam Perkhidmatan Utama akan menerima kenaikan RM36,000, perbezaan besar berbanding kakitanga bawahan yang hanya menerima kenaikan serendah RM1.70.

Cuepas, payung penjawat awam di negara ini menuntut kerajaa menangguhkan SBPA selepas mengkritik pelaksanaan skim tersebut kerana mereka tidak dijemput untuk berunding.
Perdana menteri kemudiannya memansuhkan cadangan tersebut dan hanya menambah baik skin sedia ada, Skim Saraan Malaysia (SSM), tindakan yang menyaksikan kerajaan perlu membelanjakan sejumlah RM6 billion.

Di bawah SSM yang "ditambah baik", Najib mengumumkan gaji Ketua Setiausaha dan Pegawai Turus I hanya akan ditambah sebanyak tujuh peratus.
Kakitangan awam di peringkat pengurusan dan professional dengan Gred 1 hingga 54, akan mengalami kenaikan gaji sehingga 13 peratus.

Pada Febuari lalu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah menjelaskan Bajet Alternatif PR telah menjanjikan gaji minima sekitar RM1,100 untuk kakitangan awam jika mereka menawan Putrajaya.
Beliau berkata, mereka mahu mengurangkan jurang pendapatan kumpulan bawahan dan atasan apabila melihat banyak kepincangan dalam pembayaran gaji dan pendapatan di bawah SBPA.

"Pakatan Rakyat komited untuk membentuk sistem pendapatan yang lebih setara, berbanding insentif bulanan sebanyak RM500 bagi guru seperti di dalam Buku Jingga." - TMI

* Kalau tak kerana Pakatan Rakyat gaji dia naik RM60,000...

No comments:

Post a Comment