Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu.
Agensi berita AFP melaporkan
tokoh yang juga bekas jurutera itu menang 51.73 peratus undi berbanding
pencabar yang merupakan bekas perdana menteri negara itu, Ahmed Syafiq."Saya akan menjadi presiden untuk seluruh rakyat Mesir," kata Morsi dipetik selepas beberapa jam kemenangan beliau diumumkan.
"Saya menyeru kepada kamu, rakyat Mesir yang hebat... supaya menguatkan kesatuan kita," katanya sambil menambah "kesatuan merupakan jalan keluar segala tempoh kesulitan".
Morsi yang meletakkan jawatan dalam Ikhwan Muslimin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang 'syahid' sewaktu kebangkitan rakyat untuk mencapai kemenangan itu.
"Revolusi diteruskan," katanya sambil berjanji untuk menghormati perjanjian antarabangsa.
Mesir merupakan negara Arab pertama mematarai perjanjian keamaanan dengan Israel pada 1979.
Di Dataran Tahrir, kemenangan beliau disambut dengan laungan takbir, sorakan dan kibaran bendera oleh ratusan ribu penyokongnya yang berhimpun.
Di luar Kaherah, mereka melaungkan namanya serta, membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan. - Malaysiakini

No comments:
Post a Comment