SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti
untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru
membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan
sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan
ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi
tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh
lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan
sebelum ini.
“Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom
jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat
kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau
akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara
sistematik,” katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
“Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan
yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula
dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka'
itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment