Tahanan ISA yang mendakwa diseksa ketika siasatan polis menamakan seorang doktor kerajaan yang merawat mereka sebagai saksi utama dalam kejadian yang didakwa.
Menurut nota yang diperolehi Malaysiakini, doktor berkenaan telah merawat pelbagai kecederaan yang dialami tahanan berkenaan dalam lawatan mingguannya ke pusat tahanan reman, sebelum tahanan berkenaan dihantar ke kem Kamunting di Taiping.
Doktor berkenaan dinamakan di dalam nota berkenaan namun Malaysiakini masih merahsiakan identitinya sehingga disahkan.
Doktor tersebut didakwa telah campur tangan bagi pihak tahanan berkenaan yang didakwa telah diserang dengan "teruk."
“(Nama dirahsiakan) adalah individu penting. Ada khabar angin mengatakan dia telah bersara. Dahulu khabar angin mengatakan dia bekerja di HKL (Hospital Kuala Lumpur)... Dia tahu lebih banyak rahsia berbanding siapa pun," nota tersebut dipetik.
Nota itu didakwa diseludup keluar daripada kem Kamunting oleh seorang kakitangan,
Semakan dengan unit di hospital yang dinamakan dalam nota berkenaan mendedahkan bahawa doktor berkenaan, yang dipercayai berusia lebih daripada had persaraan, tidak berkhidmat di situ.
Setakat ini, belum jelas sekiranya doktor berkenaan, yang didakwa turut dikaitkan dengan hosptal dalam dokumen rasmi lain, kini berkhidmat di unit lain atau telah bersara.
Malaysiakini telah menghubungi individu yang dipercayai sebagai doktor berkenaan melaui emel dan media sosial, namun belum mendapat maklum balas. - mkini
* Jika di masjid pun mereka belasah orang. Tiada cara melainkan UmnoBN dijatuhkan melalui pilihanraya...
No comments:
Post a Comment