KUALA LUMPUR - Tidak cukup dengan pelbagai masalah melibatkan Awang Hitam di
negara ini, warga asing dari Afrika itu kini berani pula merampas hak penduduk
tempatan dengan menjalankan perniagaan secara haram.
Tinjauan Kosmo! mendapati senario itu sudah mula berlaku di ibu kota
terutama di kawasan Desa Aman Puri, Kepong di sini sejak setahun lalu.
Kehadiran warga Afrika itu boleh dilihat terutama sekitar pukul 5 petang
sehingga awal pagi di kawasan premis perniagaan di Jalan Desa 1/2.
Menjelang pukul 8 malam, gerai tersebut mula dipenuhi pelanggan yang
kebanyakannya warga Afrika sendiri.
Mengulas mengenai perkara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali
sebagai Mohd. Shah berkata, tindakan harus diambil kerana kewujudan
premis berkenaan membuktikan warga asing itu tidak takut dengan pihak
berkuasa.
"Pihak berkaitan seharusnya membuka mata dan sedar dengan tindakan berani
warga asing yang seolah-olah mencabar kewibawaan pihak berkuasa.
"Saya percaya mereka berniaga tanpa lesen yang sah," katanya ketika ditemui
baru-baru ini. - Kosmo
No comments:
Post a Comment