Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar untuk menghapuskan
monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan
moden".
Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada
individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan.
"Saya tak
suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada
syarikat individu kita akan tamatkan.
"Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem
baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan
sebaik-baiknya.
"Sebab sistem pajak teksi ini satu bentuk perhambaan
moden yg saya tak suka," katanya yang disambut dengan sorakan oleh lebih 5,000
pemandu teksi di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) di Bukit Jalil pagi
ini.
Katanya, sasaran tersebut akan dapat dicapai dalam tempoh antara
satu hingga dua tahun kerana kerajaan perlu berunding dengan pihak
berkepentingan yang berkaitan.
Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta melalui Yayasan 1MDB
Najib sebagai insentif kepada pemandu teksi berkenaan.
Jumlah itu
bertujuan untuk meliputi baucer subsidi kepada kira-kira 70,000 pemandu teksi
seluruh negara untuk menukar set tayar berjumlah RM525.
Katanya, kerajaan telah mengenalpasti lebih 300 pusat menukar tayar seluruh
negara bagi mendapatkan tayar buatan Malaysia jenama Goodyear atau
Continental.
Selain itu, Kementerian Penerangan juga memperuntukkan
sebanyak RM1 juta bagi memberikan perlindungan insurans, tambahnya. - mkini
* Habis selama ini kamu biarkan. Dekat nak pilihanraya baru nak tunjuk baik...
No comments:
Post a Comment