SEREMBAN - Seorang jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Mohd.
Haffiz Zamri, 26, yang kehilangan kaki kanan dalam kejadian samun lalu terpaksa
menggunakan kaki palsu untuk berjalan.
Mohd. Haffiz yang ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini
semalam memberitahu, kaki palsu itu akan disumbangkan oleh majikannya tidak lama
lagi.
Katanya, dia dipindahkan ke hospital itu kelmarin selepas menjalani rawatan
dan pembedahan di Hospital Kuala Lumpur selama beberapa hari.
"Majikan saya memaklumkan bahawa saya akan dibantu untuk mendapatkan kaki
palsu selepas sembuh kelak dan beberapa bantuan lain.
"Buat masa ini saya tidak mahu mengingati apa yang berlaku dan reda dengan
dugaan ini," katanya.

No comments:
Post a Comment