10 June 2012

Dua perompak maut

AMPANG – Dua daripada tiga perompak bukan sahaja tidak sempat nikmati hasil samun, lebih malang apabila maut kemalangan ketika cuba larikan diri daripada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, ketika sedang pecah masuk rumah teres tiga tingkat di Hulu Klang, semalam, dua perompak terkejut terdengar bunyi siren polis dan hanya sempat capai dompet pemilik rumah dan larikan tunai RM1,000.

“Kedua-dua mereka kemudiannya terus berlari keluar. Seorang lagi perompak yang berada dalam kereta turut memecut laju,” katanya.

Md Nazri berkata, seorang daripada dua suspek yang memecah masuk kediaman maut dilanggar lari kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian, manakala suspek yang pandu kereta disahkan mati, selepas terbabas melanggar tiang di MRR2.

Seorang suspek lagi sedang diburu polis. - sh

No comments:

Post a Comment