22 October 2011

PAS: MP Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah


KUALA LUMPUR, 21 Okt — Dakwaan Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat semalam berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum yang berkaitan syarak, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib.

Harun berkata, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Zulkifli di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Dipetik Harakahdaily, Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelas beliau, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“Mengapa ia dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Untuk makluman beliau, dalam pelaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam pelaksanaan ialah pelaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah lagi.

Harun menambah, Zulkifli sebagai Ahli Parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Zulkifli sekali telah merancang untuk mengulangi ‘antik’ atau gelagat kesukaannya.

“Apa yang nyata Zulkifli sememang mempunyai niat jahat (mala fide) dalam membawa isu ini dalam perbahasan ‘belanjawaan’ beliau, guna untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) dan sekali gus maruah PAS sebagai sebuah parti dan jamaah Islam yang mendukungi cita-cita untuk melakasankan Syariah Allah seperti yang dituntut Allah SWT,” katanya.

Kata beliau, menurut Zulkifli, dengan hanya akan melaksanakan enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ia bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akhil baligh setelah bermimpi manakala perempuan pula setelah datang haid.

Kata Dzulkifly, dari segi umur, “setelah “Dengan ini, terpaparlah kejahilan seorang yang selama kini memberi tanggapan dan perspesi kepada umum khususnya umat Islam bahawa dia arif agama khususnya perundangan Islam dan akan terus memperjuangkannya dan mendedahkan ‘hudud PAS’ dan pembohongan PAS.

“Pertamanya, ternyata bahawa Zulkifli tidak punya pengetahuan hatta tentang persoalan mumayyiz dan jahil bahawa penetapan persoalan ‘mukallaf’ dalam enakmen adalah satu yang tertakluk kepada ‘Ijtihad’, bukan satu ‘Tetap-Thabit’ yang punya nas yang Qat’iy,” katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.

Kata beliau, Zulkifli melemparkan tuduhan bahawa ‘enakmen’ itu ‘hudud PAS’ bukan hudud Islam sebenar” kerana dakwaan kononnya bahawa ‘telah mengubah hukum Islam’.

“Tegas beliau, ‘ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu ‘mumayyiz’ iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun”. Zul Nordin juga menyanggah ‘enakmen’ ini kerana menetapkan umur ‘mukallaf’ sebagai 18 tahun.

“Jelasnya Zulkifli tidak ada pengetahuan tentang pandangan Imam-iman Mazaahib. Jumhur ulama termasuk menetapkan 18 tahun sebagai umur matang atau mukallaf (sin al-rashd). Pokoknya urusan menetapkan umur itu adalah satu perkara Ijtihadi. Ia bukan satu yang tetap (thabit) bahkan tertakluk kepada ijtihad,” kata beliau. - TMI

No comments:

Post a Comment