22 October 2011

Makan malam berdarah


SIBU: Makan malam empat sekeluarga bertukar tragedi berdarah apabila tiga daripada mereka maut, manakala seorang lagi parah selepas ditikam bertalu-talu di dada oleh tiga perompak di sebuah rumah di Jalan Chew Khun, Engkilo di sini, malam kelmarin.

Menyedihkan apabila mayat ketiga-tiga mangsa ditemui bergelimpangan berhampiran meja makan di ruang dapur rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 7 malam.

Sebelum kejadian, semua mangsa sedang menikmati makan malam di rumah berkenaan sebelum didatangi tiga lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an dan 40-an yang berpura-pura mahu mencari kerja di rumah keluarga terbabit tetapi tidak dilayan.

Difahamkan, tindakan keluarga terbabit menolak permintaan lelaki terbabit menyebabkan mereka ‘naik angin’ dan berlaku pergelutan sebelum lelaki terbabit mengeluarkan pisau dan menikam penghuni rumah terbabit.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Tiong Tang Ming, 69, anak lelakinya, Tiong King, 35, serta menantu, Teu Lee Mee, 32, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, parah dan dikejarkan ke Hospital Sibu (HS). - Mymetro

No comments:

Post a Comment