AFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.
AFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.
Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.
Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen.
Pada pilihan raya itu, BN menang 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi, manakala seorang calon Bebas berjaya memenangi satu kerusi.
Bagagaimanapun bagi seorang penganalisis politik Khoo Kai Peng, Najib nyata mengalami kemerosotan ketara dari segi undi popular berbanding prestasi BN pada pilihan raya negeri 2006.
"Undi popular BN jatuh lapan peratus kepada 55 peratus. Ini adalah jumlah yang besar memandangkan negeri ini adalah secara tradisionalnya kubu kuat BN,” katanya kepada AFP.
Khoo berkata keputusan itu menunjukkan kerusi parlimen Sarawak dan juga jirannya Sabah juga menghadapi risiko jika BN mahu terus merintah di peringkat pusat.
Terdapat 31 kerusi parlimen di Sarawak dan BN memiliki 29. Di BN memboloti 24 daripada 25 kerusi. Pembangkang hanya mempunyai tiga kerusi di kedua-dua buah negeri itu. - Mkini
No comments:
Post a Comment