19 April 2011

Shuib: 'Tidak adil' jika didakwa sebar video

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar," kata Datuk Shuib Lazim.

Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.

Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar," kata Shuib lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan polis semalam yang menyatakan berkata trio berkenaan mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks tersebut. - Malaysiakini

* Kenapa tak tunjuk pada polis dan biar polis siasat. Tunjuk pada pemberita lagilah parah kerana mereka akan dedah pada umum walaupun tidak disahkan siapa pelaku...

No comments:

Post a Comment