02 March 2011

‘Arwah minta wang RM5 daripada kakak’

KUALA TERENGGANU: “Sebelum ini arwah tidak pernah meminta wang dan saya agak terkejut apabila dia tiba-tiba meminta RM5 daripada kakaknya sebelum ke tempat kerja,” kata Sayed Mohd Saifudin Sayed Abdul Kadir, 29, abang kepada Sharifah Siti Fatimah, 21, yang maut dalam kemalangan di Kampung Bukit Tumbuh, di sini.

Dalam kemalangan jam 8.10 pagi kelmarin, Sharifah Siti Fatimah dari Kampung Seberang Baroh di sini, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah kira-kira enam jam kemudian akibat cedera parah di kepala selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil di tempat kejadian.

Menurut Sayed Mohd Saifudin, arwah bekerja sebagai penerap sutera di Seberang Takir ada meminta wang daripada kakaknya, Sharifah Sarabuna, 24, sebelum dia ke tempat kerja bersama seorang lagi adiknya, Sharifah Umi Kalsom, 18.

Dia berkata, arwah anak ketujuh daripada 10 beradik memberikan alasan wang itu untuk kegunaan ketika kecemasan selain turut bersikap pelik apabila memakai pakaian lama yang sudah bertahun tidak digunakan sebelum ke tempat kerja sedangkan tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.

Ketika itu, dia tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap ia perkara biasa selain tidak menyangka perubahan itu adalah petanda awal arwah akan meninggalkan mereka sekeluarga.

“Arwah dan empat adik beradik lagi tinggal bersama kedua-dua orang tua saya manakala saya menetap berhampiran rumah mereka.

“Kehilangan arwah amat dirasai. Kami sekeluarga pasti merinduinya apatah lagi pemergiannya secara tiba-tiba tetapi saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Che Khazahari Amat berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki Sharifah Siti Fatimah bersama Sharifah Umi Kalsom dipercayai terbabas dan memasuki arah bertentangan lalu bertembung dengan kereta Kancil. - Mymetro

* Jalanraya di Malaysia terus bermandi darah. Najib jika sayangkan rakyat patut istiharkan darurat di jalanraya dan kerah tentera turun. Ini bazirkan duit rakyat dengan membeli senjata-senjata yang sangat mahal tetapi tidak lagi digunakan. Rakyat sedang mati katak di jalanraya tanpa ada usaha yang bersungguh-sungguh dari kerajaan Umno. Jangan sampai orang kata ini kerajaan suka lihat rakyat mati...

No comments:

Post a Comment