02 March 2011

Wartawan perlu lapor berita berkualiti

KUALA LUMPUR: “Pertemuan ini bukan untuk mengajar itik berenang, tetapi mengajak ke arah mana itik untuk berenang,” kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam.

Kiasan itu ditujukan kepada 18 wartawan pelbagai agensi yang terbabit dalam Program Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia ketika sesi dialog bersama beliau di ibu pejabat kementerian itu di Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini, semalam.

Dr Rais berkata, seseorang pejuang mesti berfikir, menulis dan menghasilkan pemikiran seperti dibuktikan beberapa pemimpin utama dunia termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Penulisan berita berkaitan rapat dengan tiga sifat iaitu berlandaskan fakta, tidak menyakiti hati mana-mana pihak sehingga boleh disaman dan perlu membantu masyarakat.

“Kehidupan wartawan berkisar kepada satu persoalan iaitu sama ada menjadi pak turut atau menulis demi tuntutan masyarakat dengan berita betul, tepat dan memberi penerangan. Malaysia memerlukan wartawan yang membuat penceritaan adil dan menjadikan artikel bernilai serta memberi sumbangan kepada negara,” katanya.

Dalam sesi dialog itu, Dr Rais mengupas tajuk ‘Penyebaran Sektor Awam: Antara Aspirasi Rakyat dan Penyebaran Maklumat Kerajaan’ bagi berkongsi pengalaman dan panduan dengan kumpulan wartawan terbabit, yang mengikuti program kendalian Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu selama sebulan, bermula 21 Februari lalu. - Mymetro

* Selagi akhbar perdana di bawah Umno, selagi itulah wartawan menjadi seperti 'lembuk dicucuk hidungnya'...

No comments:

Post a Comment