KUALA TERENGGANU 6 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang pemuda daripada tuduhan membunuh bapanya Februari tahun lalu setelah mendapati dia berada dalam keadaan tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu.
Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa mengarahkan tertuduh Shahrul Azmi Che Mat, 21, diletak di bawah jagaan di Hospital Permai Johor Baharu sehingga ke satu tempoh yang diperkenan oleh Sultan Terengganu.
Mohd Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pihak pendakwa menerusi keterangan lapan orang saksinya berjaya membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan dengan membunuh bapanya, Che Mat Nik, 51, namun pihak pembelaan telah membuktikan tertuduh tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment