KUALA LUMPUR 6 Feb. – Dua lelaki warga Myanmar ditemui dengan kesan tetakan dan kelar di leher di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, dekat sini pagi ini.
Mayat kedua-dua lelaki itu ditemui sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas dimaklumkan oleh orang ramai yang ternampak kesan tompokan darah yang banyak di luar premis itu bersebelahan sebuah kedai serbaneka 24 jam.
Setelah diperiksa, polis menemui mayat kedua-dua lelaki itu yang tinggal di asrama pekerja kilang kitar semula.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, polis menemui lebih daripada 10 kesan tetakan di dada kedua-dua mangsa selain kesan kelar di leher salah seorang mangsa, dipercayai menggunakan pisau pemotong daging. – Utusan
No comments:
Post a Comment