26 February 2011

Pemabuk tidak gentar

KUALA LUMPUR: Hukuman terhadap pesalah berkaitan arak termasuk peminum di kalangan orang Islam masih ringan, malah kurang memberi kesan, kata Timbalan Bahagian Ketua Penasihat (Syariah), Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Menurutnya, sudah tiba waktu untuk mengenakan hukuman lebih berat, terutama apabila berdepan statistik kes berkaitan minuman itu yang semakin meningkat.
Sekarang hukuman terhadap individu yang bersalah berkaitan arak masih rendah. Orang tidak takut, sedangkan mabuk disebabkan minuman itu didapati antara punca jenayah antara kaum, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Arak dan Pencegahannya: Pengalaman Jabatan Peguam Negara.
Mahamad Naser berkata, undang-undang berkaitan arak juga perlu disatukan supaya impak kawalan terhadap bahan itu lebih efektif.
Berbanding sekarang, undang-undang mengenai arak berselerak, contohnya dalam akta eksais dan pihak berkuasa tempatan yang kadangkala menyukarkan tindakan diambil.

Menyatukan undang-undang seperti memperkenalkan terma Akta Kawalan Arak akan meningkatkan kesedaran umum, malah dipandang negatif sebagaimana Akta Dadah Berbahaya yang menggerunkan orang ramai, katanya. - hmetro

* Paling berkesan ialah sebat di khalayak ramai.

No comments:

Post a Comment