26 February 2011

Pengusaha degil guna perisian cetak rompak terima padah

KAJANG: Hanya kerana menggunakan 42 keping perisian komputer cetak rompak bernilai tidak sampai RM200, seorang pemilik kafe siber mungkin terpaksa gulung tikar apabila berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM840,000 jika sabit kesalahan.

Difahamkan, pemilik kafe siber terbabit menggunakan perisian tiruan berkenaan berikutan tidak mahu melabur sejumlah wang untuk membeli perisian tulen yang dianggap merugikan. Namun kegiatan peniaga terbabit berakhir apabila premis miliknya di Taman Kajang Indah di sini, diserbu sepasukan tujuh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kajang pada kira-kira jam 2 petang, semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Firdus Zakaria berkata, pihaknya bertindak menyerbu siber kafe berkenaan selepas menerima aduan daripada Microsoft bahawa pemilik premis terbabit menggunakan perisian komputer cetak rompak keluaran syarikat itu.


Semasa membuat pemeriksaan, kami menemui 42 salinan perisian disyaki cetak rompak yang dimuat turun dalam komputer dianggarkan bernilai RM58,800, katanya. - hmetro

No comments:

Post a Comment