KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berstatus Datuk berusia 50-an kerugian lebih RM300,000 selepas dua pekerjanya yang diamanahkan membawa wang berkenaan bagi satu pelaburan mata wang asing disamun tiga lelaki warga Afrika bersenjata parang di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, di sini, kelmarin.
Beliau yang enggan dikenali berkata, dia yang diyakinkan dua pekerjanya itu bersetuju membuat pelaburan mata wang asing yang dijalankan sepasang suami isteri yang juga kenalan pekerjanya itu.
Katanya, pada hari berkenaan, dia sepatutnya pergi bersama-sama pekerjanya itu berjumpa pasangan suami isteri terbabit, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menghadiri satu temujanji perniagaan di pejabat.
Oleh itu, saya menyerahkan wang tunai AS$100,000 (RM300,000) dan RM14,500 kepada pekerja terbabit untuk diserahkan kepada suami isteri berkenaan sebagai pelaburan awal kerana dijanjikan pulangan hingga RM500,000, katanya. Katanya, sebaik pekerjanya tiba di rumah pasangan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, mereka terpaksa menunggu hingga jam 4 petang sebelum seorang lelaki warga Afrika yang didakwa kenalan pasangan suami isteri terbabit tiba untuk menerima wang pelaburan itu.
Sebaik lelaki Afrika itu tiba, dia memberitahu dua lagi rakannya dalam perjalanan membawa sejumlah wang bernilai lebih RM500,000 kononnya pulangan awal pelaburan yang dibuatnya itu.
Tidak lama selepas itu, rakan dimaksudkan lelaki Afrika itu masuk ke dalam rumah membawa sebuah beg pakaian kononnya mengandungi wang tunai, katanya.
Katanya, lelaki terbabit membuka beg berkenaan sebelum mengeluarkan tiga parang panjang dan melibasnya ke arah mangsa dengan tujuan menakut-nakutkan mangsa.
Menurutnya, suspek kemudian mengikat keempat-empat mangsa sebelum melarikan diri.
Mangsa membuat laporan polis dan Timbalan Ketua Polis Kajang Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kini siasatan sedang dijalankan. - hmetro
* Patut siasat bagaimana orang yang berfikiran seperti ini boleh kaya?
No comments:
Post a Comment