09 February 2011

Muhyiddin lancar majalah Guru

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan majalah Guru di Pagoh, Johor baru-baru ini.

Majalah bulanan itu diterbitkan oleh anak syarikat Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) iaitu YGMB Intelek Sdn. Bhd.

Beberapa orang guru yang ditemui menyifatkan majalah Guru bakal menambah koleksi bacaan di sekolah selain yang sedia ada di pasaran.

Mohamad Fitri Abdullah, 46, berkata kelahiran majalah Guru ini tepat pada masanya ketika golongan pendidik memerlukan wadah untuk berpaut dan seterusnya berpayung daripada dunia pendidikan yang kian mencabar.

"Saya mencadangkan Guru pada edisi akan datang memaparkan lebih banyak berita tentang teknik penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah," katanya.

Sulaiman Manan, 30, memuji langkah yang diambil oleh YGMB, dan menyifatkan yayasan itu telah menunjukkan kematangannya apabila menerbitkan majalah berkenaan.

"YGMB juga telah menambah khazanah bacaan di kalangan pendidik. Kita berharap golongan guru dapat memanfaatkan sepenuhnya akan kewujudan majalah ini," katanya.

Majalah Guru menampilkan ciri majalah-berita, iaitu bahan yang berorientasikan semasa, yang diharapkan dapat menjadi wacana rujukan kepada guru ketika berhadapan dengan situasi mencabar.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran mahu semua guru di negeri itu mendaftar sebagai ahli YGMB dan ahli Koperasi YGMB sebagai tanda sokongan kepada yayasan 'daripada guru untuk guru' itu, yang kini diterajui oleh Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

"Saya mengharapkan guru di Johor menjadi ahli. Kita beri sokongan kepada YGMB," katanya semasa Program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN), di Pagoh baru-baru ini.

YGMB memberi sumbangan kebajikan melalui produk baru iaitu meningkatkan jumlah sumbangan khairat kematian, melanjutkan pelajaran, rawatan perubatan, kemalangan, malapetaka, perkahwinan, persaraan dan melahirkan anak. - Utusan

* Semua kerja cikgu kena buat. Akibatnya guru abai mendidik anak bangsa. Lihat sekeliling masyarakat kita sekarang. Inilah hasilnya dan akan bertambah parah lagi jika biar Umno berkuasa...

No comments:

Post a Comment