LABIS 28 Jan. - Kementerian Pelajaran akan mengumumkan beberapa buah lagi sekolah yang akan dinaik taraf menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) minggu depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu sebagai usaha menggalakkan lagi persaingan bagi mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik di negara ini.
"Insya-Allah, saya akan umumkan tambahan kepada jumlah 20 SBT sedia ada. Kita hendak mencari ukuran yang terbaik, sekadar bagus saja tidak cukup, kita mahu meletakkan sekolah-sekolah di negara kita pada tahap dunia," katanya semasa merasmikan Program Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah SBT terbaru itu, namun menyatakan jumlahnya melebihi 20 buah.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2 juta bagi membina dewan tertutup untuk kemudahan para pelajar di SMK Kamarul Ariffin.
Beliau menerima reaksi positif bukan sahaja daripada golongan guru, malah ibu bapa berharap supaya jumlah SBT dapat ditambah untuk menggalakkan kecemerlangan para pelajar dalam pelbagai bidang.
"Kalau PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dapat bekerjasama baik dengan pihak sekolah, saya yakin tahap penguasaan akademik para pelajar dapat ditingkatkan," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak akan berganjak daripada polisi untuk membuat pelaburan yang besar dalam bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan berkualiti untuk meneruskan kemajuan dan pembangunan negara.
"Kita letak peruntukan yang besar dalam sektor pendidikan untuk mengangkat bangsa Malaysia menjadi bangsa yang tinggi dan berjaya.
"Kita melihat pelajaran sebagai satu pelaburan yang amat penting walaupun lahir daripada latar belakang keluarga miskin dan kekangan ekonomi, kecemerlangan akademik dapat mengeluarkan keluarga daripada belenggu kemiskinan," katanya. - Utusan
* Ha ha ha, sekolah bertaraf dunia? Jangan mimpi jika layan guru seperti lem%$ dicucuk hidung...
No comments:
Post a Comment