MELAKA 14 Feb. - Bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Ameng , 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail membuat pengakuan atas dua kesalahan iaitu memiliki dadah berbahaya jenis Cannabis dengan berat kasar 122 gram dan 'methamphetamine' dengan berat kasar satu gram di hadapan Hakim Zaharah Hussain.
Tertuduh dalam rayuannya kepada hakim bagaimanapun meminta isterinya, Sabariah Zakaria, 41, yang turut menghadapi dua pertuduhan sama dilepaskan.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Taman Melaka Raya di sini pada lebih kurang pukul 5.20 petang pada 1 Februari lalu
Tiada wang jaminan ditawarkan dan Zaharah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan dari Jabatan Kimia. - Utusan
No comments:
Post a Comment