KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini borang proforma yang digunakan sewaktu pemeriksaan awal Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan borang standard pemeriksaan bagi mangsa rogol.
Oleh itu katanya, hanya beberapa helaian daripada borang tersebut yang difikirkan sesuai digunakan dan tidak keseluruhan borang.
Beliau berkata demikian pada prosiding perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful di sini hari ini.
Perbicaraan kes liwat Anwar itu diteruskan dengan peguan Sankara Nair menyoal balas yang menjadi saksi pendakwa yang ketiga, Dr Sheue Feng. – Utusan
No comments:
Post a Comment