14 February 2011

Bekas penyerang Johor FC meninggal akibat barah tengkuk

OTA BHARU, 14 Feb. - Bekas penyerang Johor FC dan Kelantan, Sairozi Daud, 32, meninggal dunia di Hospital Pakar Perdana di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi ini setelah menderita penyakit barah tengkuk sejak setahun lalu.

Allahyarham yang lebih mesra dengan panggila 'Abe' di kalangan rakan-rakan sepasukan, meninggalkan isteri, Aisyah Norehan Azhari, 25.

Pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Semasa arwah menghembuskan nafas terakhir, isteri dan kedua orang tuanya ada disisi. Jenazah, Allahyarham telah dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Pangkal Nering Timur, Machang untuk dikebumikan selepas solat Zohor ini.

Utusan Malaysia 14 Disember tahun lalu melaporkan penderitaan dialami pemain tersebut yang menghidap penyakit barah tengkuk. - Utusan

No comments:

Post a Comment