24 January 2011

Polis tahan lelaki kes bunuh 3 sahabat

MELAKA 23 Jan. - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh tiga sahabat yang mayat mereka ditemui dengan beberapa kesan tikaman di Kampung Solok Binjai, Pengkalan Balak, Jalan Paya Mengkuang, Masjid Tanah, kelmarin.

Kesemua lelaki berusia 17 hingga 37 tahun itu yang ditahan di sekitar Masjid Tanah sejurus kejadian juga telah direman selama seminggu.

Sehubungan itu, polis juga memburu seorang remaja berusia 16 tahun, dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, remaja itu ialah Ling Jun Hon dengan nombor kad pengenalan 950328-04-5237 dan menetap di Lubok Cina.

Menurutnya, remaja terbabit amat dikehendaki yang dipercayai dapat membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan tiga sahabat itu.

Sehubungan itu, beliau meminta bantuan orang ramai atau mana-mana individu yang mengenali Jun Hon supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

"Remaja terbabit disyaki telah menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumahnya sejak berlakunya kejadian itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, tiga sahabat mati dibunuh dipercayai akibat diserang oleh sekumpulan lelaki.

Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Taman Paya Mengkuang ialah Chong Sang Keong, 17, Tai Chi Yong, 18, dan Lan Ee Shen, 20.

Dua daripada mangsa ditemui terbaring di bahu jalan dengan beberapa kesan tikaman di badan manakala seorang lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Terendak ketika dibawa oleh bapanya. - Utusan

* Tahniah polis kerana dapat menyeret mereka yang bersalah ke muka pengadilan seterusnya menjadikan pengajaran kepada yang lain supaya jangan membelakangi undang-undang...

No comments:

Post a Comment