KUALA LUMPUR - Ajaran Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari Mohamad atau terkenal dengan panggilan Abuya yang difatwakan sesat pada tahun 1994 didakwa cuba dihidupkan semula oleh salah seorang isterinya.
Pergerakan kumpulan itu yang masih mempunyai kira-kira 2,000 pengikutnya didakwa mula dikesan aktif semula kira-kira setahun lalu dengan pengikutnya kerap menyertai perjumpaan yang dinamakan 'Sidang Parlimen Roh' selepas kematian Ashaari pada 13 Mei 2010.
Dalam tempoh setahun lalu, pengikut Al-Arqam didakwa telah berhimpun sebanyak 18 kali dalam perjumpaan 'Sidang Parlimen Roh' di beberapa lokasi termasuk pernah dianjurkan di luar negara seperti di Thailand, Jordan dan Mekah.
Namun, kebanyakan 'Sidang Parlimen Roh' yang diadakan hampir setiap bulan itu banyak berlangsung di Bandar Country Homes, Rawang atau di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.
Mengikut satu sumber, ajaran Al-Arqam atau dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah itu cuba diberi nafas baru oleh salah seorang balu Ashaari yang kini diberi gelaran 'Ummu Jah' iaitu gelaran bagi menyanjungi wanita itu.
Sumber itu memberitahu, 'Sidang Parlimen Roh' yang terbaru diadakan secara serentak di Bandar Country Homes dan di Sungai Penchala pada 25 hingga 27 Disember tahun lalu. - Kosmo
* Sudah-sudahlah nak fitnah kumpulan ini. Lihat umat pun semakin jauh dari agama. Maksiat semakin banyak, golongan pendakwah yang ikhlas pula semakin kurang dan seolah-olah tiada...
No comments:
Post a Comment