RASAH 22 Jan. - Tanda tanya kematian pramugari Malaysia Airlines (MAS), Chin Swee Len, 34, yang ditemui mati di Radisson Hotel, Amsterdam, akhirnya terjawab setelah suami mendiang tampil membuat kenyataan hari ini.
Cheng Yin Chet, 39, memberitahu, punca kematian isterinya yang meninggal dunia pada 12 Januari lalu adalah berpunca dari kemalangan dan bukannya dibunuh atau membunuh diri.
Beliau menjelaskan, hasil bedah siasat mendapati Swee Len meninggal dunia akibat kecederaan teruk pada badan selepas terjatuh dari tempat tinggi. - Utusan
No comments:
Post a Comment