PAGOH, 22 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini kepada kerajaan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bagaimanapun guru sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan.
"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.
"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya. - Bernama
* Umno gagal bangunkan umat di Malaysia dan guru perlu tolak Umno jika mahu dihormati masyarakat.
No comments:
Post a Comment