KANGAR, 22 Jan. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu para guru bersedia melakukan transformasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Sehubungan itu, para guru perlu bersedia berubah daripada amalan tugas biasa ke tahap yang berprestasi tinggi, sentiasa berkorban masa dan tenaga dan telus dalam tugas mereka.
Bertitah merasmikan program Titian Kasih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma di sini hari ini, baginda turut berharap para guru dapat mendidik pelajar menghayati kehidupan bersatu padu dan bertolak ansur serta menyemai semangat cintakan negara. - Bernama
* Pergi tengok guru di sekolah, beban mereka banyak dan masa sedikit untuk mendidik murid...
No comments:
Post a Comment