Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
25 November 2010
Masak sayur campur arak
PETALING JAYA - Sebuah restoran yang menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran di Jalan 8/1E di sini diserbu semalam selepas didapati menggunakan bahan masakan mengandungi arak tetapi memaparkan logo halal palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Logo halal palsu itu dengan saiz yang agak besar ditampal pada pintu masuk hadapan premis tersebut bagi mengaburi pelanggan beragama Islam sejak lima tahun lalu.
Serbuan dilakukan oleh lapan anggota penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor pada pukul 11 pagi.
Bagaimanapun tiada pelanggan ketika serbuan dilakukan.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hab Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati premis itu menggunakan bahan masakan yang meragukan selain tukang masak dari Myanmar. - Kosmo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment