03 April 2010

Rampas: Zunar cadang saman polis, KDN

KUALA LUMPUR, 2 April: Puteri Reformasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama aktivis Reformasi, Pak Amjal melancarkan buku kartun terbaru Zunar hari ini.

Buku bernama 'Isu Dalam Katak' dan tiga lagi karya kartunis Zunar dan rakan-rakannya itu dilancarkan di Restoran Amjal Jalan Pantai Baru, di sini pagi ini.

Ia disertai oleh para peminat kartun tanah air.

"Kami lancar di restoran hari ini untuk membolehkan rakyat marhain menyertai," kata Zunar di majlis itu.

Zunar ketika ditemui berkata, beliau sedang berbincang dengan peguam bagi menyaman polis dan kerajaan ekoran tindakan mereka merampas banyak buku dan majalahnya di merata-rata.

Ada empat buku dan majalah beliau yang dirampas oleh polis hingga kini.

Dua daripadanya berbentuk buku yang tidak memerlukan permit dan dua lagi majalah yang ada permit daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri.

"Saya sedang bincang dengan peguam dan harap dapat failkan saman dalam masa terdekat," kata Zunar.

Beliau bercadang menamakan polis, KDN dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam kes ini.

Ketika dirampas, kata Zunar, polis tidak memberikan sebarang sebab rampasan itu.

Katanya, ada juga yang dirampas tanpa sebarang rekod. - Harakahdaily

* Sebab itu UmnoBN lantik polis yang setia padanya bukan yang paling layak memegang amanah tugas. Yang untung UmnoBN, yang rugi rakyat jelata kerana jenayah tidak terkawal hidup pun tidak selamat.

No comments:

Post a Comment