23 April 2010

Pilih BN yang terbukti bela rakyat: Dr Mahathir

KUALA KUBU BHARU: Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor mengutamakan parti dan memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Ahad ini kerana keupayaan kerajaan membela masyarakat berbilang kaum di negara ini sudah terbukti.Bekas Perdana Menteri berkata, BN yang membentuk kerajaan hari ini memberi sumbangan yang amat besar dalam pembangunan negara, dan keupayaan kerajaan membantu menyelamatkan perniagaan masyarakat Cina sewaktu krisis mata wang 1997.

"Orang kata saya ni rasis, saya ini memihak kepada orang Melayu saja, orang Cina dan India saya tidak memihak. Tapi tahun 1997 ketika kita diserang penyangak mata wang, ramai peniaga Cina hampir muflis, mereka hendak tutup kedai tetapi apabila kita berjaya memulihkan semula nilai mata wang mereka semua terselamat daripada muflis. "Mereka amat berterima kasih, sebab itulah pada pilihan raya tahun 1999 ramai orang Cina mengundi BN...kerana tindakan sayalah mereka terselamat," katanya ketika berucap di bilik Gerakan BN Pusat Daerah Mengundi Serendah di sini, malam ini.

Dr Mahathir berkata, calon P Kamalanathan yang dipertaruhkan BN bagi merampas kembali kerusi Parlimen berkenaan memenuhi kehendak pengundi berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya, rakyat tidak perlu memilih parti yang tidak ada asas perjuangan untuk rakyat serta calon yang terpalit dengan masalah moral, kerana ia akan merugikan rakyat.

"Jadi saya nasihat orang parti Keadilan, tidak usahlah pilih orang macam ini (Zaid), tidak tentu kedudukannya di mana... Dia tidak main judi dia orang Islam, tapi simpan kuda lumba buat apa?... saya ada banyak kuda 30 ekor, tapi kuda saya tidak pandai lumba,” katanya.
Beliau juga turut mencabar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersumpah dalam masjid bagi membuktikan beliau tidak terbabit dengan kes liwat yang dilemparkan terhadapnya.

"Tidak usahlah takut saudaraku yang lama (Anwar)...hadapkanlah dirimu kepada mahkamah, juga angkatlah sumpah secara betul dalam masjid...bukan duduk di tepi masjid bersumpah kata saya (Anwar) tidak buat, itu tidak laku, buatlah cara Saiful (Bukhari Azlan). - Bharian

* Tengok hidung orang ingat adik beradik. Ya BN terbukti... terbukti mengayakan anak Mahathir dan adik Najib. Sebab itu mereka bersungguh2 ingin mengekalkan kuasa...

No comments:

Post a Comment