HULU SELANGOR 21 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Nor berkata, beliau telah mengumpulkan segala bukti mengenai dakwaan kaitan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin Yahudi.
Katanya, “dossier” (maklumat) itu akan diserahkan kepada anggota-anggota Parlimen esok.
"Anwar duduk di Foundation for the Future untuk kepentingan Israel dan Yahudi. Saya cabar Datuk Seri Anwar untuk jawab ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ezam berkata, beliau sanggup menjadi saksi di mahkamah atau mana-mana peringkat jawatankuasa Parlimen berhubung perkara itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment