23 April 2010

Angkara Pisau Lipat 20 Sen Fariz Didakwa

KUALA KUBU BAHARU 23 Apr - Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa yang dibebaskan atas jaminan polis semalam akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pada pukul 9 pagi ini atas tuduhan memiliki senjata di bawah Seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Fariz serta empat anggota Skuad AMK ditahan polis Rabu lalu atas dakwaan menurunkan kain rentang Barisan Nasional yang provokatif.

Mereka ditahan reman semalaman di Balai Polis Bukit Sentosa sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi semalam.

Semasa ditahan pihak polis dipercayai menjumpai sebilah pisau lipat kecil yang berharga kira-kira 20 sen dalam simpanan Fariz. - SK

* Itu sebab jangan jadikan diri (polis) sebagai kuda tunggangan UmnoBN. Kuda mana ada akal untuk berfikir. Jenayah yang berlaku secara berleluasa sehingga menjejaskan kehidupan rakyat berpunca pihak polis tidak dapat berfikir secara berkesan, mencari jalan penyelesaiannya...

No comments:

Post a Comment