23 April 2010

Khairy Digesa Jadi Anak Jantan Mengaku Minum Arak

KUALA LUMPUR 23 April - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membuat pengakuan secara 'gentleman' mengenai dakwaan bahawa beliau pernah meminum arak seperti mana paparan sekeping foto di internet yang menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman mengandungi alkohol di meja mereka.

Naib Presiden PAS Pusat itu juga mengkritik keengganan Ahli Parlimen Rembau itu yang menafi sekeras-kerasnya ketika diserbu wartawan di lobi Parlimen semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung penyiaran foto yang dimaksudkan itu.

Sehubungan itu beliau menggesa Khairy bersama pemimpin Barisan Nasional berani menghadapi kenyataan bahawa isu ini telah memakan diri mereka sendiri.

"Kalau mereka bersedia untuk bermain serangan secara peribadi, jadi seharusnya mereka berani untuk tampil dan bukannya lari untuk menghadapi kenyataan.

"Bila kita menyatakan satu-satu fakta seperti mana yang dipertikaikan calon BN di Permatang Pasir ada kes pecah amanah kita ada bukti dan perkara itu memang kita merasakan bagi seorang pemimpin tidak boleh melakukan pecah amanah.

"Dia nak main isu peribadi tentang minum arak tetapi bila kita kemukakan bukti-bukti mereka haruslah sanggup menghadapinya bukannya lari daripada kenyataan. Dia perlu bertanggungjawab di atas isu yang dimainkan itu.

"Sekarang, maknanya isu ini dah makan tuan, kalau nak bermain dengan kita (Pakatan), kita bersedia, tetapi kena berani untuk menghadapi kita secara anak jantan," katanya kepada Suara Keadilan.

Semalam, ketika ditanya wartawan mengenai foto berkenaan, Khairy merengus dengan memberikan jawapan, "Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu? Saya tidak minum," katanya. - SK

* Kalau pemimpin Umno boleh minum arak, boleh main perempuan, fitnah orang apatah lagi...

No comments:

Post a Comment