KUALA LUMPUR 14 Feb. – RM15 bagi tambang teksi dari pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang ke KLCC di Jalan Ampang. Berbaloikah anda mengeluarkan wang sebanyak itu untuk ke lokasi yang jaraknya cuma enam kilometer?
(Gambar : Pemandu ini disaman anggota polis kerana meletakkan teksinya sesuka hati di hadapan Jalan Petaling, baru-baru ini. )
Sedangkan dengan wang sebanyak itu anda boleh pergi ke Desa Petaling dari Pavilion untuk laluan sehala menaiki teksi yang jaraknya dua kali ganda lebih jauh dari KLCC.
Tetapi, inilah situasi yang dialami sendiri oleh wartawan sewaktu menaiki teksi yang enggan menggunakan meter dari Pavilion ke KLCC.
Ketika itu bukan waktu sesak, malah sepanjang Jalan Bukit Bintang hingga ke Jalan Ampang lengang memandangkan hari tersebut adalah hari kelepasan am. - Utusan
No comments:
Post a Comment